PROSEDUR PERMOHONAN DEWAN / PADANG MERDEKA & PERALATAN LOGISTIK (Jabatan Perbandaran & Kesihatan Persekitaran )

     TERIMA PERMOHONAN MELALUI PANGGILAN TELEFON / WALK IN DI PEJABAT:

  • Semak jadual penggunaan.Sekiranya ada kekosongan masukkan , Butiran penggunaan dan serahkan borang permohonan kepada pemohon. Pastikan pemohon tandatangan di ruangan aku janji  di belakang borang permohonan.
  • Setelah borang lengkap diisi,Buat surat kelulusan kepada   pemohon  dan  ditandatangani oleh Tuan YDP.
  • Pastikan pemohon membuat bayaran selewat-lewatnya 14 hari sebelum penggunaan (bagi permohonan dewan).

      TERIMA  PERMOHONAN MELALUI SURAT/EMAIL:

  • Semak jadual penggunaan. Sekiranya ada kekosongan masukkan butiran penggunaan.
  • Semak minit dari Tuan Yang Dipertua atau Pengarah.
  • Buat surat makluman berdasarkan apa yang telah   diminitkan oleh Tuan Yang Dipertua atau Pengarah
  • Maklumkan kepada pemohon status permohonan tersebut

PROSEDUR PERMOHONAN GERAI / PASAR MILIK MPPD (Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta)

  • Mengemukakan permohonan untuk memohon premis (gerai, pasar dan lain – lain)milik MPPD yang telah diiklankan untuk disewa.
  • Sekiranya layak dipertimbangkan surat panggilan temuduga akan dikeluarkan.
  • Keputusan dan laporan jawatankuasa panel temuduga akan dibentangkan di dalam mesyuarat penuh MPPD terlebih dahulu.
  • Sekiranya terpilih surat tawaran gerai akan dikeluarkan kepada pemohon.