NOTIS PEMBERITAHUAN
BANTUAN KEPADA PENJAJA YANG BERDAFTAR DENGAN MAJLIS PERBANDARAN PORT DICKSON
Dimaklumkan bahawa selaras dengan Keputusan Kerajaan Negeri Sembilan untuk memberi bantuan penjaja yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Pihak Majlis Perbandaran Port Dickson memohon kepada semua penjaja kategori berikut :-
1. PENJAJA MEJA PAYUNG
2. PENJAJA KERETA TOLAK
3. PENJAJA BERGERAK
4. PASAR MALAM
Untuk menyelaraskan pemberian bantuan ini, pihak MPPD memohon untuk tuan/ puan melengkapkan BORANG MAKLUMAT PENJAJA (E-FORM)secara atas talian sehingga 3 April 2020 (Jumaat)
KLIK DISINI BORANG MAKLUMAT PENJAJA (E-FORM)
*HANYA MAKLUMAT LENGKAP DAN SAH SAHAJA LAYAK DIPERTIMBANGKAN
Maklumbalas keputusan berjaya atau tidak, disampaikan melalui saluran email atau nombor telefon yang diberi.
Sebarang pertanyaan tuan/puan boleh WHATSAPP ataupun SISTEM PESANAN RINGKAS (SMS) sahaja, Pegawai Jabatan Perkhidmatan Perbandaran Dan Kesihatan Encik Khairil Rizal bin Mahtar di talian 012- 6346735 Dari 8.00pagi Sehingga 5.00 Petang
Kerjasama dan keperihatinan tuan / puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih
YANG DIPERTUA,
MAJLIS PERBANDARAN PORT DICKSON