Port Dickson dengan kegemilangannya yang unik menghiasi pinggir pantai Selat Melaka sepanjang kawasan perairan Negeri Sembilan. Ianya terletak 30km dari Seremban, kira-kira 60km dari KLIA, 55km dari Putrajaya – pusat baru pentadbiran negara, Cyberjaya – Koridor Raya Multimedia (MSC) negara dan lebih kurang 70km dari bandaraya Kuala Lumpur. Terdapat beberapa laluan untuk memasuki Port Dickson. Laluan yang paling sesuai untuk pengunjung Utara Semenanjung atau Selatan Semenanjung ialah dengan melalui Lebuhraya Utara – Selatan. Keluar dari jalan susur ke Seremban dan merentasi Lebuhraya Seremban – Port Dickson yang bermula dari tol Seremban. Laluan yang dihiasi dengan kehijauan alam semulajadi melalui Jalan Persekutuan membawa pengunjung terus ke pesisiran Pantai Port Dickson yang indah. |