Selamat Datang ke Laman Web PD Gateway
MPPD
English

 

PULAU CAHAYA

Pulau Cahaya merupakan salah satu daya tarikan yang unik di Port Dickson. Keunikan Pulau Cahaya ini adalah kerana ianya mempunyai jeti yang menghubungkan Pulau Cahaya dan Pulau Burung. Di sini pengunjung boleh menikmati keindahan Laut  Selat Melaka   dan pesisiran Pantai Port Dickson serta panorama matahari terbenam di waktu senja.

KEMUDAHAN

Di sini terdapat kemudahan  yang  telah disediakan  bagi pengunjung  seperti taman permainan kanak-kanak,  dataran Interlocking dimana sesuai untuk aktiviti beriadah, wakaf dan sebagainya.

LOKASI

Lokasi Pulau Cahaya adalah strategik yang mana ianya terletak di antara Port Dickson dan Teluk Kemang. Jarak dari Pekan Port Dickson hanya 7 km begitu juga juga dari Pekan Teluk Kemang. Ianya merupakan satu lokasi yang mudah dikunjungi. Untuk sampai ke sini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau pengangkutan awam dari Port Dickson.

MAKLUMAT LANJUT

Majlis Perbandaran Port Dickson
Km. 1, Jalan Pantai
71009 Port Dickson.
Tel: 06-647 1335

 

Penafian: Pihak Majlis Perbandaran Port Dickson Tidak Bertanggungjawab Terhadap Sebarang kerugian Atau Kerosakan Yang Dialami Kerana Menggunakan Maklumat Didalam Laman Ini Hakcipta © Majlis Perbandaran Port Dickson. 2008 All rights reserved.