MENU

GARIS PANDUAN
PENYEWAAN APARTMENT MPPD
DI PARADISE LAGOON APARTMENT (CORUS)

  1. PENYEWAAN UNTUK ORANG AWAM
    1. Tempahan perlu dilakukan sekurang-kurangnya tiga (3) minggu sebelum tarikh sewaan.
    2. Tempahan perlu dilakukan pada waktu pejabat melalui Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta.
    3. Tempahan perlu dilakukan melalui borang permohonan yang telah disediakan.(boleh dicetak melalui web MPPD)
    4. Barang-barang keperluan peribadi (tuala, sabun mandian dll) tidak disediakan.
    5. Bayaran penuh termasuk  perlu dilakukan tujuh (7) hari sebelum tarikh sewaan.
    6. Pengambilan/pemulangan kunci Apartment
      1. dari/kepada Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, MPPD untuk sewaan pada hari selain Sabtu / Ahad.
  2. Pengambilan/pemulangan kunci Apartment dari / kepada Pengawal, di Bangunan Terminal Bas ,PD untuk sewaan pada Sabtu / Ahad.
  3. Pengambilan kunci sebelum  jam 2.00 ptg
    1. (tarikh mula sewaan) dan pemulangan kunci
    2. pada jam 12.00 tgh (tarikh tamat sewaan).                       
  4. Kadar sewaan adalah RM 160.00 seunit pada
    1. hari biasa dan RM 200.00 pada hari Sabtu/
    2. Ahad/Cuti Sekolah/Cuti Umum termasuk caj
    3. GST 6%.(Tiada caj GST mulai April, 2018 dan
    4. tertakluk kepada keputusan rasmi MPPD).
  5. Pembatalan penyewaan perlu dimaklumkan tiga (3) hari sebelum tarikh mula sewaan.

2.0    PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DIBENARKAN

         2.1       Membawa sebarang peralatan elektrik   dari luar untuk kegunaan di dalam    Apartment.

         2.2       Mengadakan aktiviti yang boleh mengganggu penghuni lain-lain unit Apartment.

         2.3       Melakukan aktiviti tidak bermoral dan menyalahi undang-undang.

         2.4       Mengotorkan unit Apartment.

         2.5       Membaw binatang peliharaan.

         2.6       Membawa keluar barang-barang / peralatan yang ada di unit Apartment

         2.7.     Menduduki melebihi 5 orang bagi setiap unit.

  3.0      KEMUDAHAN-KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN

               (UNIT-UNIT TERTENTU)

                3.1          Perabot

                3.2          Penghawa dingin

                3.3          Peti sejuk

                3.4          Cerek Elektrik

                3.5        Seterika

                3.6          Televisyen (Astro NJOI)

  4.0        PERINGATAN UNTUK PENYEWA

4.1    Pihak MPPD berhak membatalkan kelulusan penyewaan sekiranya Apartment digunakan untuk kegunaan rasmi kerajaan. Pemohon akan dimaklumkan melalui telefon dan surat.

     4.2.    Penyewaan tertakluk kepada kekosongan  dari semasa kesemasa.

    Untuk Keterangan lanjut sila hubungi:-

  1. Hj. Abu Bakar bin Ahmad

06-6462057 samb. 221/225 atau 017-6201982

Muatturun  Permohonan:

Garis Panduan Sewaan

Borang Permohonan Sewaan Apartment Di Paradise Lagoon Apartment ( Orang Awam )

Borang Permohonan Sewaan Apartment Di Paradise Lagoon Apartment ( KAKITANGAN MPPD )