FUNGSI BAHAGIAN
- Memastikan setiap kawasan pemajuan mempunyai pihak pengurusan untuk mengurus dan menyenggara harta bersama
- Pemaju
- Badan Pengurusan Bersama (JMB)
- Perbadanan Pengurusan (MC)
- Memastikan dan memantau Pemaju/Agen Pengurusan/Badan Pengurusan Bersama (JMB)/Perbadanan Pengurusan (MC) menjalankan pengurusan dan penyenggaraan mengikut Akta Pengurusan Strata (Akta 757)
- Memberi Khidmat Nasihat berkaitan aduan yang melibatkan Pemaju/JMB/MC/Pemilik Petak
- Memastikan Pemaju/Agen Pengurusan/Badan Pengurusan Bersama (JMB)/Perbadanan Pengurusan (MC) mengemukakan Akaun Beraudit setiap tahun
- Menyelia dan mengemaskini inventori kawasan pemajuan harta berstrata
- Menguruskan perlantikan dan penamatan Ejen Pengurusan
- Pendakwaan dan Penguatkuasaan di bawah Akta 757
- Menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa dan Mesyuarat Agung Tahunan JMB/MC sekiranya ada permohonan.
OBJEKTIF
- Memastikan semua kawasan pemajuan bangunan berstrata mempunyai pihak pengurusan
- Memastikan semua pihak pengurusan bangunan mempunyai kemahiran mencukupi mengenai pengurusan bangunan berstrata
- Memastikan pihak pengurusan bangunan mematuhi peruntukan Akta, peraturan dan garis panduan berkaitan pengurusan bangunan berstrata