MENU

FUNGSI BAHAGIAN

  1. Memastikan setiap kawasan pemajuan mempunyai pihak pengurusan untuk mengurus dan  menyenggara harta bersama
  • Pemaju
  • Badan Pengurusan Bersama (JMB)
  • Perbadanan Pengurusan (MC)
  1. Memastikan dan memantau Pemaju/Agen Pengurusan/Badan Pengurusan Bersama (JMB)/Perbadanan Pengurusan (MC) menjalankan pengurusan dan penyenggaraan mengikut Akta Pengurusan Strata (Akta 757)
  2. Memberi Khidmat Nasihat berkaitan aduan yang melibatkan Pemaju/JMB/MC/Pemilik Petak
  3. Memastikan Pemaju/Agen Pengurusan/Badan Pengurusan Bersama (JMB)/Perbadanan Pengurusan (MC) mengemukakan Akaun Beraudit setiap tahun
  4. Menyelia dan mengemaskini inventori kawasan pemajuan harta berstrata
  5. Menguruskan perlantikan dan penamatan Ejen Pengurusan
  6. Pendakwaan dan Penguatkuasaan di bawah Akta 757
  7. Menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa dan Mesyuarat Agung Tahunan JMB/MC sekiranya ada permohonan.

OBJEKTIF

  • Memastikan semua kawasan pemajuan bangunan berstrata mempunyai pihak pengurusan
  • Memastikan semua pihak pengurusan bangunan mempunyai kemahiran mencukupi mengenai pengurusan bangunan berstrata
  • Memastikan pihak pengurusan bangunan mematuhi peruntukan Akta, peraturan dan garis panduan berkaitan pengurusan bangunan berstrata