MENU

OBJEKTIF JABATAN KEJURUTERAAN

  • Merancang dan menyelaras prasarana yang efisien kepada pelbagai lapisan masyarakat
  • Bertanggungjawab memastikan semua senggaraan infrastruktur sentiasa berada dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan dari masa ke semasa
  • Mengawal dan melaksanakan projek-projek pembangunan di bawah Peruntukan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri

FUNGSI UTAMA JABATAN KEJURUTERAAN

1. Unit Pembangunan

  1. Merancang projek-projek pembangunan kawasan Majlis bagi meningkatkan kemudahan pelancongan dan infrastruktur
  2. Merancang dan menyelaras projek-projek infra Majlis bagi tujuan memberi keselesaan kepada penduduk dan pelancong.
  3. Menyediakan dokumen sebutharga dan tender untuk infrastruktur dan bangunan
  4. Memantau kerja-kerja senggaraan infrastruktur dan bangunan mengikut spesifikasi
  5. Menyediakan kertas kerja bagi perlantikan perunding
  6. Menjadi urusetia bagi Rancangan Malaysia dan mengumpul kertas kerja yang berkaitan dengannya

2. Unit Elektrik/ Mekanikal

  1. Bertanggungjawab dalam senggaraan lampu jalan, kerja-kerja pendawaian bangunan dan penyaman udara serta pam milik Majlis
  2. Bertanggungjawab dalam menyediakan kemudahan lampu jalan awam di MPPD
  3. Merancang keceriaan bagi sambutan setiap perayaan di Port Dickson
  4. Memantau dan menyelaras kerja-kerja yang berkaitan dengan penanaman kabel elektrik dan telekomunikasi yang melibatkan kepentingan MPPD
  5. Merancang projek-projek pembangunan bagi meningkatkan kemudahan dari aspek keceriaan dan pencahayaan di kawasan perlancongan 

3. Unit Infrastruktur

  1. Bertanggungjawab memproses permohonan pelan infrastruktur oleh pemaju berkaitan kerja tanah, jalan dan perparitan berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan.
  2. Memastikan pemaju melaksanakan pembinaan seperti pelan yang telah diluluskan
  3. Mengambil tindakan ke atas kerja tanah tanpa kelulusan.
  4. Menyelaras dan memproses kerja-kerja pemotongan jalan disamping mengawal kerja-kerja penanaman sistem pembetungan dan utilitis yang lain.
  5. Mengeluarkan surat kelulusan bagi pelan kerja tanah, pelan jalan dan perparitan dan pelan lampu jalan.

4. Unit Ukur Bahan, Kontrak & Pentadbiran

  1. Menyediakan dokumen perolehan dan penilaian bagi sebutharga dan tender MPPD
  2. Membuat penilaian peratusan kerja ditapak untuk proses pembayaran kepada kontraktor
  3. Menyelaras dan menyediakan dokumen-dokumen wajib pembayaran
  4. Menjadi urusetia kepada jawatankuasa pembuka sebutharga dan tender MPPD
  5. Membuat pengiraan dan anggaran kos bagi lukisan rekabentuk berskala kecil.