MENU

OBJEKTIF BAHAGIAN PENGUATKUASAAN

Menjalankan Tindakan Penguatkuasaan Untuk Majlis Serta Orang Awam Demi Mengekalkan Dan Meningkatkan Keharmonian, Keselesaan, Kesejahteraan Dan Keselamatan Selaras Dengan Undang-Undang Yang Berkuatkuasa

FUNGSI JABATAN PENGUATKUASAAN

1. Tawaran Mengkompaun          

  • Menjalankan pemeriksaan dan siasatan di tapak/premis menentukan kesalahan berlaku dibawah peruntukan Undang-Undang yang berkaitan.
  • Memaklumkan kepada tuan punya / orang yang bertanggungjawab diatas kesalahan yang dilakukan dan peruntukan Undang-Undang berkaitan.
  • Menyediakan Tawaran Kompaun dan menyerahkan kepada pemunya/orang yang bertanggungjawab diatas kesalahan.
  • Merekodkan butiran kompaun dalam Buku Rekod Kompaun.
  • Menyemak data dan status kompaun sama ada telah atau tidak menjelaskan bayaran. Jika tidak keluarkan surat peringatan.
  • Bagi kes yang masih tidak menjelaskan bayaran kompaun setelah tamat tempoh surat peringatan dikeluarkan, rujuk kepada Ketua Jabatan sama ada perlu tindakan saman atau sebaliknya. Jika kes perlu tindakan saman, rujuk kes ke Pegawai Undang-Undang untuk tindakan selanjutnya.

2. Tindakan Penyitaan

  • Membuat pemeriksaan/ siasatan dan menentukan sama ada kesalahan berlaku dibawah peruntukan Undang-Undang yang berkenaan.
  • Mengambil tindakan penyitaan dengan mengumpulkan barang-barang yang hendak di sita.
  • Menandakan barang-barang sitaan mengikut kes dan kumpulan.
  • Menyenaraikan barang sitaan di dalam Borang Inventori Penyitaan.
  • Menyerahkan satu salinan Borang Inventori Penyitaan kepada pemilik (jika ada) dan simpan satu salinan (yang ditandatangani pemilik) di pejabat.
  • Menghantar barang-barang sitaan ke stor

 

3.     Pengeluaran Notis  

Peraturan-peraturan pentadbiran

  • Menjalankan pemeriksaan dan siasatan ditapak/premis dan menentukan semada kesalahan berlaku di bawah peruntukan Undang-Undang yang berkenaan.
  • Menyediakan surat/borang yang mencatatkan perkara yang perlu di jalankan oleh tuan punya atau orang yang bertanggungjawab dengan memberi tempoh yang sesuai.
  • Menyerahkan notis kepada tuanpunya/orang yang bertanggungjawab dengan cara berikut:
    1. Dengan tangan untuk dapatkan Bukti Penyerahan(sekiranya tuan punya berada di lokasi)
    2. Pos Biasa / Pos Berdaftar (sekiranya tuanpunya tiada tetapi memerlukan akuan penerima)
    3. Ditampal di tapak atau premis (sekiranya tuanpunya tidak dapat dihubungi)
  • Merekodkan maklumat notis kedalam Buku Rekod sebelum tindakan.
  • Menyemak dan merujuk kes-kes yang telah tamat tempoh notis kedapa Ketua Unit/Pegawai Penguatkuasa.
  • Sekiranya (jika) notis di patuhi, catatkan hasil pemeriksaan dan syorkan kepada ketua jabatan untuk tutup kes.
  • Sekiranya(jika) notis tidak dipatuhi, laporkan kepada ketua jabatan untuk memutuskan/fikirkan tindakan yang sesuai:
  1. Kompaun
  2. Sitaan
  3. Saman

4.         Aduan awam

  • Menerima aduan dari orang awam melalui telefon, surat-menyurat atau datang terus ke pejabat.
  • Merekodkan butir-butir aduan diterima.
  • Membuat siasatan terhadap aduan.
  • Mengambil tindakan yang sewajarnya (Kompuan/ Notis/ Rampasan/Sitaan.
  • Membuat laporan dan dihantar kepada Ketua Jabatan Penguatkuasa.