MENU

OBJEKTIF JABATAN 

  1. Mengawal dan menyelaras perancangan pembangunan dalam kawasan Majlis Perbandaran Port Dickson supaya lebih tersusun, praktik dan selesa mengikut peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan.
  2. Mewujudkan pentadbiran kerja yang bersistematik dan teratur disamping mewujudkan hubungan kerja yang lebih baik diantara jabatan-jabatan kerajaan yang mempunyai hubungkait dalam merancang pembangunan Daerah Port Dickson.
  3. Memberi penerangan lebih lanjut dari segi garis panduan am dan lain-lain keperluan Majlis kepada orang awam yang mempunyai cadangan membangunkan sesuatu kawasan.
  4. Merancang serta menyediakan kemudahan-kemudahan asas tertentu bagi kemudahan orang ramai khususnya penduduk tempatan dan pelancong luar.

 

FUNGSI JABATAN 

  1. Memproses Permohonan Kebenaran Merancang.
  2. Menyemak dan mengemukakan ulasan ke atas Permohonan Pelan Bangunan dan Pelan Landskap.
  3. Memberi ulasan ke atas Permohonan Tanah Kerajaan Dan Lesen Pendudukan Sementara.
  4. Melaksana dan memantau pelaksanaan program-program Kerajaan Persekutuan dan Negeri termasuk Program Bandar Selamat, MURNInet (Petunjuk Bandar Mampan), Pewartaan Kawasan Lapang, dan Program Pemutihan Industri Haram.
  5. Memasang, menyelenggara dan memantau pemasangan papan tanda awam dan swasta dalam kawasan MPPD.
  6. Memberi ulasan ke atas Permohonan Menamakan Taman dan Jalan.
  7. Memproses Permohonan No. Bangunan dan No. Jalan.
  8. Melaksana dan memantau perlaksanaan Program MyGDI
  9. Menyelia Penyediaan Rancangan Struktur, Rancangan Tempatan dan Rancangan Kawasan Khas.
  10. Merancang, menyelaras dan mengawal, pemajuan dan penggunaan tanah dan bangunan di dalam kawasan MPPD.
  11. Merancang keperluan penyediaan kemudahan awam di kawasan pentadbiran MPPD.