MENU

OBJEKTIF

  1.  Membantu pengurusan atasan mempertingkatkan tahap pematuhan kepada undang-undang, peraturan dan prosedur yang telah di tetapkan.
  2. Membantu pihak pengurusan atasan bagi memastikan program dan aktiviti yang dirancang telah dilaksana dan diuruskan secara ekonomi, cekap dan berkesan
  3.  Menyediakan laporan yang benar, saksama di samping mengemukakan syor-syor penambahbaikkan ke arah memantapkan akauntabiliti dan tadbir urus pentadbiran Majlis Perbandaran Port Dickson
  4. Memberi bimbingan dan khidmat nasihat kepada semua bahagian di Majlis perbandaran Port Dickson

FUNGSI

Unit Audit Dalam (UAD) merupakan satu fungsi bebas yang memberi kepastian dan khidmat perundingan secara objektif untuk membantu menambah nilai dan mempertingkatkan tahap organisasi agar Misi, Visi dan Objektif Majlis Perbandaran Port Dickson dapat dicapai. Untuk itu objektif Unit Audit Dalam adalah seperti berikut:

  1. Menilai, memeriksa, mengesah dan melaporkan tahap kepatuhan pengurusan kewangan dan pentadbiran majlis ke atas Undang-Undang, Pekeliling, Peraturan dan polisi yang telah ditetapkan dari masa ke semasa oleh pihak yang berkuasa dan pihak Pengurusan Tertinggi MPPD
  2. Menilai, memeriksa dan melaporkan tahap kawalan dalaman yang telah diambil serta dipraktikkan bagi menjaga dan memelihara keselamatan pungutan wang / stor awam dan harta-harta majlis.
  3. Menilai dan memeriksa tahap kecekapan prestasi pengurusan sesuatu aktiviti, program atau projek majlis yang sedang atau telah dilaksanakan
  4. Mengemukakan cadangan dan syor penambahbaikkan bagi meningkatkan mutu kualiti pengurusan kewangan dan pentadbiran MPPD selaras dengan laporan audit hasil daripada penilaian kajian, pemeriksaan dan pemerhatian yang telah dijalankan.