MENU

Tahniah dan syabas diatas pencapaian Portal Rasmi Majlis Perbandaran Port Dickson  mendapat Anugerah 5 bintang didalam Penilaian Portal/ Web Provider Based Evaluation (ProBE) 2016. MPPD merupakan diantara 4 PBT daripada keseluruhan 36 kementerian atau agensi di Malaysia yang mendapat Anugerah 5 bintang. Selain MPPD, PBT lain yang turut mendapat Anugerah 5 bintang ialah Majlis Perbandaran Seremban, Majlis Daerah Kuala Langat dan Majlis Daerah Kapit.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Multimedia  Development Corporation  sejumlah 676  Portal / web agensi kerajaan yang dinilai pada tahun 2016. Pada tahun 2016, sebanyak 47 kriteria perlu dipatuhi oleh setiap laman web agensi Kerajaan. Daripada 47 kriteria tersebut terdapat enam (6) kriteria mandatori yang perlu dipatuhi. Laman web kementerian atau agensi akan mendapat penarafan 3 bintang jika semua kriteria mandatori ini tidak dipatuhi walaupun pencapaian keseluruhan mencapai 5 bintang. Kriteria mandatori ProBE 2016 adalah seperti berikut:

 a) Loading Time

 b) Downtime

 c) Updated Content

 d) Responsiveness to Enquiries

 e) Mobile Web

 f) Active Hyperlink

Semoga dengan kejayaan ini MPPD dapat mengekalkan pretasi 5 Bintang di masa akan datang. Tahniah diucapkan kepada semua warga MPPD dan pengguna di atas pencapaian ini.