MENU

TAWARAN KADAR KHAS KOMPAUN TEMPAT LETAK KERETA MAJLIS PERBANDARAN PORI DICKSON

Majlis Perbandaran Port Dickson akan memberikan satu tawaran kadar khas bagi kompaun-kompaun tempat letak kereta yang telah dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Port Dickson bagi tahun 2017 dan tahun-tahun sebelumnya. Tawaran istimewa ini diberikan sempena menyambut ulangtahun MPPD yang ke 16 pada tahun ini. Kadar yang ditawarkan adalah sebanyak RM 20.00 bagi setiap kompaun berbanding RM 300.00 kadar sebenar.

 

Tawaran ini akan berkuatkuasa mulai 1 Mac 2018 hingga 30 April 2018. Diharapkan orang ramai yang mempunyai kompaun tempat letak kereta MPPD dapat mengambil peluang daripada tawaran ini dengan membuat bayaran dalam tempoh yang dinyatakan. Selepas tamat tempoh tawaran ini, pihak MPPD akan meneruskan tindakan undang-undang kepada sesiapa yang mempunyai kompaun yang belum dijelaskan.

Bayaran saman parkir kenderaan (RM20) hanya boleh dibuat di kaunter MPPD sama ada kaunter yang terdapat di bangunan Pejabat YDP atau Kaunter MPPD di terminal bas Port Dickson. Tiada kemudahan bayaran secara atas talian(online) ditawarkan namun sesiapa sahaja boleh menjadi wakil kepada orang kena saman untuk membuat pembayaran