MENU

  

  • Galeri Sejarah Kegemilangan Lukut
  • Galeri Nassau
  • Galeri Teknologi Pembuatan Masyarakat Tradisional
  • Galeri Negeri Sembilan Beradat

Pada awal kurun ke-19 perdagangan bijih timah sangat menggalakkan, dan dieksport sama ada melalui Pelabuhan Melaka, Singapura dan Port Swettenham (Port Kelang).

Pada tahun 1815 Raja Busu anak kepada Raja Muhammad, Sultan Selangor ke-3 yang memerintah dari tahun 1826 - 1858 memerintah di Lukut mengambil keputusan untuk mengeksport bijih timah yang dilombong di daerah Seremban dan Lukut melalui pelabuhan Lukut.

Dalam satu pergaduhan antara pelombong-pelombong bijih timah kaum Cina, Raja Busu dibunuh pada tahun 1834, akibat pembuuhan itu Keadaan masyarat menjadi kucar kacir dan pelombong- pelombong bijih lari meninggalkan Lukut.

Pada tahun 1846 Raja Muhammad melantik Raja Jumaat bin Raja Jaafar dari Riau (menantu baginda) untuk menguatkan pemerintahannya, bagi membina sebuah kota yang dinamakan Kota Lukut.

Kota Lukut dibina pada 1840an dengan ukuran 607 kaki panjang, 505 kaki lebar dengan parit di sekitar sedalam 15 kaki, di dalamnya didirikan sebuah istana dan dua buah perigi. Sebuah di bahagian luar dikenali sebagai Perigi Beracun. Di dalam pemerintahan Raja Jumaat, pembangunan Lukut menjadi bertambah maju dan makmur.

LOKASI - Batu 4, Jalan Seremban - Port Dickson.

BAYARAN MASUK - Percuma

MAKLUMAT LANJUT

Muzium Lukut
(Jabatan Muzium Malaysia)
Lot 730, Kota Lukut
70100 Port Dickson.
Tel: 06 – 651 2954
Fax: 06 – 651 5270
Web: www.jma.gov.my