MENU

Terdapat pelbagai bahan artifak dan replika sejarah dari zaman penjajahan portugis hinggalah saat Malaysia mencapai kemerdekaan.

  

Muzium Tentera Darat merupakan muzium tentera yang terbesar di Malaysia. Ianya setanding dengan muzium-muzium tentera dari luar negara berdasarkan kelengkapan infrastruktur dan bahan pengisian di dalam muzium ini.

Ini diperakui sendiri oleh mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad. Cetusan mewujudkan Muzium TD diilhamkan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen. Tan Sri Md Hashim bin Hussein. Muzium ini ditubuhkan ke arah usaha untuk meningkatkan taraf profesionalisme warga Tentera Darat dengan mengembangkan aspek intelektual, budaya cintakan organisasi dan menghayati sejarah TD.

KEMUDAHAN

Berbagai kemudahan asas banyak terdapat di sini. Contohnya surau, kedai cendera mata, bilik tayangan video, Kedai cenderamata, kafe, tandas awam dan sebangainya. Seandainya memerlukan penerangan secara berkumpulan, Pembantu Penerangan turut disediakan bagi mendapatkan maklumat secara tepat.

LOKASI

Muzium ini terletak di Batu 4, berdekatan dengan Pusat Latihan Asas Tentera Darat. Ianya mudah dikunjungai kerana Ianya terletak di jalan susur keluar lebuhraya Seremban ke Teluk Kemang.

MAKLUMAT LANJUT

 

Penolong Pengarah Muzium Tentera Darat
Batu 4, Kem Si Rusa
71050 Port Dickson.
Tel: 06 – 6462359