MENU
Warung / Food Court / Medan
Warung Mak Mah Nasi Ayam 1
Terletak berhampiran dengan Masjid Jamek Port Dickson dan popular dikalangan pelanggan tempatan dengan juadah 'Nasi Ayam Istimewa'. Selain dari itu, masakan barat, masakan kampung, satay dan pelbagai jenis masakan juga boleh didapati di sini. Waktu perniagaan bermula 7.00 am hingga 2.00 am. Lokasinya adalah di No 1001 & 1002, Km 1 Kedai Jamek, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan. Maklumat Lanjut hubungi 06-6512060.
 
Warung Mak Mah Nasi Ayam 1
Restoran yang juga terkenal dengan Nasi Ayam ini mempunyai daya tarikan tersendiri dimana bukan sahaja menyediakan makanan seperti makanan barat, masakan kampung, satay dan pelbagai jenis masakan lain, ia juga menyediakan kemudahan lain seperti surau dan mini market. Kawasan yang luas, selesa dan landskap yang menarik bagi keselesaan para pengunjung. Lokasinya adalah di Lot 1175, Jalan By Pass, Kampung Arab, 71000 Port Dickson. Maklumat lanjut hubungi 06-6464886.
 
ZBZ Fauzas Warung Makan Jeti Memancing
Merupakan satu lokasi produk pelancongan Port Dickson dimana Restoran ini menghidangkan makanan bergoreng, nasi campur, nasi lemak dan pelbagai masakan panas yang lain. Lokasinya adalah di Jeti Memancing, Kuala Lukut Chuah, 71960 Chuah, Negeri Sembilan. Maklumat lanjut hubungi 019-3601221.
 
Oceanic Food Court
Oceanic Food Court yang terletak dipusat membeli-belah The Store ini terdiri dari beberapa buah gerai dengan pelbagai jenis pilihan makanan seperti nasi ayam, tom yam, satay dan pelbagai jenis masakan pada harga yang berpatutan. Waktu perniagaan bermulah 8 am hingga 11 pm. Lokasinya terletak di Km 1 ¾ Jalan Pantai, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan.
 
Medan Makan Teluk Kemang
Medan Makan Telok Kemang ini terdiri dari beberapa kedai makan dengan berbagai pilihan makanan seperti nasi ayam madu, nasi campur, makanan goreng, satay dan pelbagai makanan lain pada harga yang berpatutan. Waktu perniagaan bermula 8 am hingga 3 am. Lokasinya adalah di Batu 8, Telok Kemang, Jalan Pantai 71050 Si Rusa, Port Dickson, Negeri Sembilan.
 
Medan Selera Seri Bayu
Medan Selera Seri Bayu yang terletak berhampiran Pantai Cahaya Negeri ini sering mnjadi tumpuan pengunjung kerana lokasi yang strategik dan maasakan yang berbagai pilihan seperti masakan kampung, masakan goreng, tom yam dan pelbagai pilihan lain. Waktu perniagaan bermula 7 am hingga 11 pm. Lokasinya terletak di R & R, Bt 4 Jalan Pantai, 71050 Si Rusa, Port Dickson, Negeri Sembilan.
 
  • 1