P.D.Gateway
English
Pertanyaan
   
    Perutusan YDP
    Senarai Ahli Majlis
    Sejarah Asal-Usul
    Lokasi
    Direktori
    Galeri Gambar
    Iklan
 
 
     PROFIL

Majlis Perbandaran Port Dickson telah di isytiharkan sebagai Majlis Perbandaran dengan rasminya pada 2 Februari 2002. Ianya mempunyai kawasan seluas 140.32 km persegi (54.18 batu persegi). Kawasannya dibahagi kepada dua iaitu operasi seluas 35.87 km persegi manakala kawasan kawalan seluas 104.45 km persegi. Keluasan pusat bandar Port Dickson ialah 395.5 ekar atau 160.1 hektar. Sepanjang pantai Port Dickson memaparkan ciri perbandaran peranginan tepi pantai yang serba moden, kawasan pendalamannya pula menggabungkan adunan aktiviti pertanian, perdagangan dan perindustrian.

Dengan kenaikan tarafnya sebagai Majlis Perbandaran, Majlis mendokong bersama misi dan wawasan yang menentukan hala tuju arah pembangunan yang penuh cabaran membangunkan satu identiti unik, tulen dan mempersonakan bagi port dickson sebagai destinasi percutian yang tiada tandingannya sambil menyediakan produk kegiatan pelancongan dan aktiviti riadah tepi pantai dan mempertingkatkan kemudahan asas dan awam. Memperkukuhkan ekonomi tempatan menerusi rancangan pembangunan yang dirangka ke arah memanifestasikan Port Dickson sebagai bandar peranginan tepi pantai yang moden dan terkenal.

 

 

Memperkukuh struktur pembangunan bagi pusat bandar-bandar utama sejajar dengan aspirasi kerajaan memajukan pelancongan dan juga memenuhi citarasa penduduk tempatan. Memperbaiki dan mempertingkatkan sistem pengangkutan dan jalan-jalan sedia ada sealiran dengan rancangan pembangunan yang dicadangkan untuk seluruh kawasan kajian dengan penekanan kepada kemudahsampaian ke destinasi pelancongan.

Merangka, merancang dan merealisasikan pembangunan sepanjang persisiran pantai dan kawasan sekitarnya tanpa menjejaskan keharmonian alam semulajadi sambil mengambil kira langkah-langkah pemuliharaan alam sekeliling bersesuaian dengan konsep mesra alam. Majlis akan sentiasa memberi keutamaan kepada kebersihan dan keindahan di kawasan perairannya.

Mengatur, menyelaras dan menyatupadukan aktiviti sediada serta memperkenalkan cadangan kreatif yang berpotensi untuk menambah keindahan dan tarikan di bandar Port Dickson dan di tempat tarikan pelancong. Mengintegrasikan perkampungan tradisional yang terletak di sekitar persisiran pantai dalam perancangan pembangunan koridor pelancongan port dickson.

 

 

 

::: VISI

Mewujudkan persekitaran hidup yang lengkap dan berkualiti untuk kesejahteraan semua lapisan masyarakat pada 2020.

 

::: MISI

Menyediakan satu persekitaran hidup yang sihat, selamat, sejahtera dan indah dengan pertumbuhan ekonomi dan pembentukan masyarakat yang cemerlang.

 

::: OBJEKTIF

Meningkatkan keupayaan kewangan dan kecekapan pengurusan sumber tenaga manusia

Mewujud dan melaksanakan perancangan yang dinamik dengan mempergiat dan emperkukuhkan kemudahan fizikal, sistem, sosial dan ekonomi serta alam sekitar

Memberi perkhidmatan dan menyediakan kemudahan yang berkualiti kepada masyarakat dengan mengambil kira Local Agenda 21 (LA 21)

 

Penafian: Pihak Majlis Perbandaran Port Dickson Tidak Bertanggungjawab Terhadap Sebarang kerugian Atau Kerosakan Yang Dialami Kerana Menggunakan Maklumat Didalam Laman Ini Hakcipta © Majlis Perbandaran Port Dickson. 2008 All rights reserved.