| Laluan yang paling sesuai untuk pengunjung Utara Semenanjung atau Selatan Semenanjung ialah dengan melalui Lebuhraya Utara – Selatan. Keluar dari jalan susur ke Seremban dan merentasi Lebuhraya Seremban – Port Dickson yang bermula dari tol Seremban. Laluan yang dihiasi dengan kehijauan alam semulajadi melalui Jalan Persekutuan membawa pengunjung terus ke pesisiran Pantai Port Dickson yang indah. |
Tarikh Akhir Dikemaskini : 28 Februari 2011