daftarDaftar bg1 bg2 bg3 bg4 oku SOUND Kecilkan Teks Kembali ke Asal Besarkan Teks semula Teks Warna Merah Teks Warna Biru Teks Warna Hijau
   Bahasa Melayu | English | Bahasa Lain Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman  
Portal Rasmi Majlis Perbandaran Port Dickson
Bookmark and Share
Paparan : 1460147
Tarikh Akhir Dikemaskini : 04 April 2011
BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN SUMBER MANUSIA

OBJEKTIF BAHAGIAN

  • Memperkemaskan stuktur pentadbiran.
  • Menentukan pengurusan pentadbiran pejabat berjalan dengan cekap dan teratur terutama dari segi urusan pentadbiran, penjawatan dan keselamatan.

 

FUNGSI BAHAGIAN

Unit Pentadbiran Am dan Perkhidmatan:-

  • Menyelia kakitangan setiap bahagian di Jabatan Khidmat Pengurusan.
  • Menyelia dan mengawal kenderaan jabatan.
  • Menyelia kebersihan dan keindahan pejabat, apartmen, dewan, bilik mesyuarat dan rumah sewa majlis.
  • Mengurus tempahan penggunaan bilik mesyuarat, dewan dan apartmen dan penyewaan rumah sewa majlis.
  • Mengurus stok barang-barang pejabat.
  • Mengurus penyimpanan rekod-rekod jabatan.
  • Mengepos surat-surat jabatan dan sebaliknya.
  • Operator telefon.
  • Merekod surat dan faks masuk dan keluar.
  • Menyelaras acara-acara rasmi jabatan dan kerajaan.


Unit Sumber Manusia:-
 
 a) Penjawatan dan latihan / Produktiviti

  • Mengurus rekod kakitangan
  • Mengurus perlantikan pengisian jawatan
  • Mengurus pengesahan perlantikan, pengesahan jawatan pemberian taraf berpencen dan kenaikan pangkat
  • Menguruskan peperiksaan, latihan, seminar, bengkel dan kursus
  • Menguruskan latihan praktikal pelajar pusat pengajian tinggi
  • Urusan tindakan tatatertib
  • Menyedia kertas Lembaga Tatatertib dan Lembaga Rayuan Tatatertib
  • Bertanggungjawab ke atas fail-fail peribadi dan buku rekod perkhidmatan kakitangan
  • Menguruskan permohonan cuti
  • Menguruskan pinjaman peribadi, kenderaan, perumahan dan komputer
  • Menguruskan surat akuan hospital


b) Gaji dan Am

  • Memproses penyediaan gaji bulanan, penyerahan gaji dan penyelarasan gaji
  • Menyemak borang permintaan dan senarai jurnal lembaran gaji
  • Menyediakan penyata bayaran dan potongan gaji
  • Menyediakan penyata gaji tahunan dan penyata 'income tax'
  • Menyediakan anggaran gaji mengikut senarai perjawatan untuk penyediaan anggaran belanjawan tahunan
  • Memproses caruman pencen, taraf berpencen dan kertas berpencen
  • Memproses caruman KWSP dan PERKESO
  • Memproses kiraan ganti cuti rehat (GCR)

 

Muka surat: 1  2  

Bookmark and Share
Paparan : 1396
Tarikh Akhir Dikemaskini : 23 Mei 2011
Hakcipta Terpelihara 2012 © Majlis Perbandaran Port Dickson.
Terma & Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian
Sesuai dipapar menggunakan IE 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox 2.0 & ke atas dengan menggunakan resolusi 1024 x 768