Nama saintifiknya ialah”Mimusops Elengi” dan berasal dari keluarga pokok “Spotaceace”.Pokok ini mudah ditanam dan tidak memerlukan penjagaan yang begitu rapi serta boleh ditanam di kebanyakan tempat. Antara tempat yang sesuai untuk pokok ini ialah di kawasan taman-taman perumahan,kawasan perindustrian dan perdagangan untuk memberikan wajah kehijaun,di pinggir tasik,sungai dan juga di tepi pantai.Selain daripada itu ianya juga sesuai ditanam tepi-tepi jalan untuk mewujudkan suasana aman dan damai,di taman-taman rekreasi,di hadapan bangunan-bangunan awam, di siar kaki dan juga di kawasan tempat letak kereta untuk mendapatkan kawasan yang redup lagi menyegarkan. |