OBJEKTIF BAHAGIAN
- Membuat penilaian ke atas pegangan-pegangan berkadar di dalam kawasan pentadbiran MPPD bagi maksud pungutan cukai taksiran sebagai sumbangan utama kepada hasil majlis.
- Menjaga keadilan di dalam sistem percukaian MPPD.
FUNGSI BAHAGIAN
Bahagian Penilaian:-
- Membuat penilaian ke atas semua pegangan-pegangan berkadar di dalam kawasan pentadbiran MPPD bagi maksud kadaran yang berasaskan kepada Nilai Tahunan.
- Menyediakan Senarai Nilaian Baru di bawah Seksyen 137 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) yang perlu dibuat setiap lima (5) tahun sekali atau tempoh yang dilanjutkan oleh Pihak Berkuasa Negeri.
- Membuat Pindaan Senarai Nilaian di bawah Seksyen 144 Akta 171 atas sebab-sebab seperti yang dinyatakan di dalam Akta.
- Mengeluarkan Notis-notis mengenai Senarai Nilaian Baru mengikut Seksyen 141 (3) Akta 171 dan Pindaan Senarai Nialaian mengikut Seksyen 144 (2) Akta 171.
- Menuntut Caruman Bantu Kadar (CBK) kepada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Badan Berkanun dan Angkatan Tentera Malaysia.
Bahagian Pengurusan Harta:-
- Menyediakan senarai lengkap harta-harta tak alih MPPD.
- Mengemaskini rekod harta-harta tak alih MPPD
- Menguruskan bayaran bil cukai tanah bagi harta-harta tak alih MPPD.
- Menguruskan pembayaran caj servis dan lain-lain bil berkaitan enam (6) unit Apartment MPPD di Corus Parsdise Lagoon Resort.
- Menguruskan pembayaran ke atas lessen tanah TOL di Pejabat Tanah Port Dickson (bermula tahun 2009, sebelum ini diuruskan oleh Jabatan Perancang Bandar dan Desa, MPPD).