Untuk makluman orang ramai pembayaran cukai taksiran, lesen, sewa, kompaun atau pembayaran berkaitan dengan perkhidmatan MPPD boleh terus ke Kaunter Berpusat MPPD di Tingkat 2 Bangunan Perhentian Bas Port Dickson.
Orang ramai kini boleh melakukan segala Aduan terus ke Bahagian Korporat di Tingkat 2 Bangunan Perhentian Bas Port Dickson
Bahagian Korporat & Pelancongan , Unit Tindakan Khas dan Bahagian Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Port Dickson telah beroperasi di Tingkat 2,Bangunan Perhentian Bas Port Dickson .
Untuk maklumat orang ramai segala pertanyaan atau aduan mengenai sampah-sarap dan kebersihan Port Dickson telah diambil alih oleh Perbadanan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam,sebarang pertanyaan ataupun aduan boleh dihubungi di talian hotline 1800-88-7472 yang beroperasi pada pukul 8.00pagi-8.00malam, anda boleh layari www.aduansisa.my untuk keterangan lanjut.
Pembayaran cukai taksiran boleh dibuat melalui PB Bank ataupun boleh menggunakan kad kredit di kaunter bayaran MPPD, pembayaran cukai taksiran juga boleh melalui pos online, anda boleh layari www.posonline.com.my