daftarDaftar bg1 bg2 bg3 bg4 oku SOUND Kecilkan Teks Kembali ke Asal Besarkan Teks semula Teks Warna Merah Teks Warna Biru Teks Warna Hijau
   Bahasa Melayu | English | Bahasa Lain Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman  

Portal Rasmi Majlis Perbandaran Port Dickson

KAMPUNG TRADISIONAL
image

Kampung Tradisional Secara Sepintas Lalu

     Untuk memastikan bahawa kawasan-kawasan kampung dan luar bandar di Malaysia menerima kemudahan dan peluang yang mencukupi untuk membangun, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) telah menjalankan satu program penyelidikan yang bertajuk Kajian Pelan Induk Kampung Tradisional dan Petempatan Tersusun di dalam Kawasan PBT (KPIKTPT). KPIKTPT telah ditubuhkan untuk mendapatkan maklumat asas mengenai kawasan kampung berserta profilnya di dalam kawasan pentadbiran PBT di Semenanjung Malaysia. Kajian ini juga mengenal pasti kawasan-kawasan kampung mengikut klasifikasi kesejahteraan yang bertindak sebagai kayu pengukur untuk rujukan pemaju di masa depan. Untuk maklumat lanjut mengenai projek penyelidikan ini, klik di sini untuk melihat laman web rasmi.

 

Definisi Kampung Tradisional

     Kampung tradisional dalam penyelidikan ini merujuk kepada kawasan penempatan yang telah diwarisi oleh orang-orang Melayu untuk bergenerasi lamanya dan mempunyai ciri-ciri Melayu dalam seni bina manakala persekitaran dan alam sekitarnya pula berkonsepkan kampung Melayu. Kampung-kampung tradisional yang terlibat dalam penyelidikan ini adalah mengikut senarai yang telah disediakan oleh Pihak Berkuasa Kerajaan Tempatan.

http://ejkt.kpkt.gov.my/kgtrad/

Muka surat: 1  2  

Bookmark and Share
Hakcipta Terpelihara 2012 © Majlis Perbandaran Port Dickson.
Terma & Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian
Sesuai dipapar menggunakan IE 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox 2.0 & ke atas dengan menggunakan resolusi 1024 x 768