PIAGAM PELANGGAN
- Menjawab surat-surat balasan penerimaan yang bukan diterima di kaunter dalam tempoh 5 hari bekerja di semua Jabatan / Bahagian.
- Memproses dan memberi ulasan pelan landskap dalam tempoh empat belas (14) hari selepas menerima permohonan landskap yang lengkap.
- Mengeluarkan surat sokongan/ulasan CF kepada Jabatan Bangunan dalam tempoh tujuh (7) hari.
- Mengambil tindakan dalam tempoh satu (1) jam selepas penerimaan arahan kerja-kerja kecemasan dan menyelesaikan kerja-kerja pembersihan dalam tempoh 24 jam.
- Membaiki kerosakan peralatan permainan kanak-kanak, dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.
- Mengambil tindakan bagi kerja-kerja pemangkasan, penebangan pokok serta sisa pangkasan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh aduan.
- Menyediakan dokumen pembayaran yang lengkap kepada Jabatan Kewangan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.
PENCAPAIAN PIAGAM PELANGGAN
Bil | Piagam Pelanggan | Pencapaian |
1 | Memproses dan mengeluarkan ulasan ke atas pelan landskap dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen yang lengkap. | | 100% |
2 | Mengambil tindakan dalam tempoh satu jam selepas penerimaan arahan kerja-kerja kecemasan dan menyelesaikan kerja-kerja pembersihan dalam tempoh 24 jam. | | 80% |
3 | Mengambil tindakan bagi kerja-kerja pemangkasan penebangan pokok serta sisa pangkasan dalam tempoh tujuh hari bekerja dari tarikh aduan. | | 85% |
<< Kembali