| | | PENERANGAN TENTANG JATA | | Tulisan Jawi: Melambangkan ,walau pun Majlis Perbandaran Port Dickson menuju ke arah kemajuan “High-Tech”tanpa mengenepaikan asas kebudayaan Melayu yang masih utuh dipertahankan serta mendukung nilai-nilai kemelayuan yang diberikan kedudukan penting dan istimewa. | | | | Elemen-elemen warna : Warna Biru Muda Asas:Biru Muda yang bermotifkan LAUT melambangkan Kesejahteraan Majlis Perbandaran Port Dickson sebagai warna kekuatan asas yang menjadi teras untuk merealisasikan serta menjadikannya sebagai Destinasi Perbandaran Pelancongan yang terunggul di Malaysia.Ini menjadikan Port Dickson sinonim sebagai destinasi syurga riadah yang memang terkenal diseluruh Negara. Warna Biru Tua:Warna Biru Tua melambangkan keharmoniannya,sesuai dengan membentuk kecemerlangan ekonomi serta melahirkan masyarakat yang hidup makmur,bersatu padu dan mewah. Warna:Warna kuning matahari yang menyinar melambangkan kekuatan rohaniah yang diterapkan didalam etika kerja,lantas mampu memenuhi permintaan dalam memberikan kecemerlanggan perkhidmatan yang sugguh efisyen.Warna kuning juga merupakan rasmi bendera Negeri Sembilan Darul Khusus. Rekabentuk gelombang berombak dan warna Maroon:Paluan ombak yang mendampar serta memukul pada “Typhography MPPD”korporat yang teguh melambangkan kedamaian serta keindahan alam semulajadi yang diambil kira sebagai faktor utama untuk diberikan perhatiankhusus berikutan pembangunan sebegitu aktif dikawasan sekelilingnya. | | Elemen-elemen sampingan Alam laut,Bangunan serta Kapal layar:Merupakan tarikan utama yang dititikberatkan untuk memelihara serta memulihara kesemua khazanah yang dianugerahkan oleh yang Maha Kuasa disamping menerapkan kehijauan alam Flora dan Fauna untuk menjadikan Majliz Perbandaran Port Dickson mantap dari semua aspek sesuai dengan motonya yang amat terkenal iaitu “Port Dickson sebagai Perbandaran yang Bersih,Indah dan Permai”. | | | | |
| |
Paparan : 2079
Tarikh Akhir Dikemaskini : 28 Februari 2011