daftarDaftar bg1 bg2 bg3 bg4 oku SOUND Kecilkan Teks Kembali ke Asal Besarkan Teks semula Teks Warna Merah Teks Warna Biru Teks Warna Hijau
   Bahasa Melayu | English | Bahasa Lain Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman  
Portal Rasmi Majlis Perbandaran Port Dickson
Bookmark and Share
Paparan : 1460140
Tarikh Akhir Dikemaskini : 04 April 2011
UNIT URUSETIA PUSAT SETEMPAT (OSC)

 

 

LATAR BELAKANG
   
Pada masa dahulu, amalan untuk memproses cadangan pemajuan yang melibatkan perihal tanah, kebenaran merancang, pelan bangunan dan pelan kerja tanah dibuat secara berasingan dan berturutan serta mengambil masa yang lama. Pendekatan memproses cadangan pemajuan yang melibatkan pelbagai jabatan/agensi teknikal di peringkat persekutuan dan negeri serta anak syarikat berkaitan kerajaan (GLC) juga adalah berbeza.

Oleh yang demikian, pihak kerajaan telah mengarahkan semua pihak yang terlibat mengambil langkah yang sewajarnya bagi memastikan perkhidmatan yang disediakan adalah efektif, cepat, cekap dan berdaya saing. Setiap agensi kerajaan hendaklah terus berusaha membina budaya kerja untuk meningkatkan kepuasan pelanggan dan produk yang berkualiti tinggi.

Menyedari hakikat tersebut, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah memberikan tumpuan terhadap (3) perkara utama iaitu:
 
1. Penambahbaikan Proses Kelulusan Cadangan Pemajuan melalui penubuhan Pusat Setempat di semua Pihak Berkuasa Tempatan
 
Pada masa dahulu juga , Pusat Setempat yang diwujudkan di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) hanya menjalankan tugas-tugas rundingan dan kelulusan Plan Bangunan serta mengeluarkan CFO sahaja. Pusat Setempat yang baru ini telah diperluaskan tugas dan tanggungjawab kepada menerima permohonan cadangan pemajuan iaitu permohonan perihal tanah, kebenaran merancang, pelan bangunan, pelan kerja tanah dan pelan-pelan lain yang berkaitan. Ini selaras dengan keputusan Jemaah Menteri di mana semua urusan kelulusan cadangan pemajuan diproses dalam tempoh yang lebih cepat iaitu 4 hingga 6 bulan.
 
2. Penggantian Sistem Pengeluaran Perakuan Kelayakan Menduduki (CFO) kepada Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC);
3. Penggubalan Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyeggaraan dan Pengurusan) 2007 (Akta 663);
 
Cadangan-cadangan ini adalah hasil daripada maklum balas yang telah diperolehi melalui mesyuarat-mesyuarat dan sumber-sumber yang melibatkan Pihak Berkuasa Tempatan, Pentadbir Tanah, dan jabatan/Agensi teknikal serta Badan-badan Profesional.
 
Dengan sokongan daripada semua pihak, cadangan ini telah dibentang ke Mesyuarat Jemaah Menteri pada 21 Mac 2007. Antara keputusannya adalah seperti berikut:
 
1. Urusan kelulusan cadangan pemajuan bagi Konsep Bina dan Kemudian Jual, projek –projek berimpak tinggi dan berkaitan pelaburan asing serta projek-projek pembangunan kerajaan diberi kelulusan fast lane dalam tempoh 4 bulan, manakalan urusan lain dibawah konsep Jual Kemudian Bina diberi dalam tempoh 6 bulan;
2. Penubuhan Pusat Setempat yang baru di setiap PBT bertujuan untuk menyelaras permohonan perihal tanah, kebenaran merancang, pelan bangunan dan pelan-pelan lain yang berkaitan dan akan bermesyuarat 2 kali sebulan; dan
3. Jabatan-jabatan teknikal persekutuan, kerajaan-kerajaan negeri, PBT dan juga anak Syarikat Kerajaan (Goverment Link Company) yang berkaitan hendaklah memberi sokongan penuh dengan mengguna pakai prosedur dan proses yang dicadangkan.
 
 Mesyuarat Jemaah Menteri pada 21 Mac 2007 juga telah bersetuju supaya penubuhan Pusat Setempat di PBT adalah merupakan salah satu daripada inisiatif yang telah diputuskan dalam Persidangan Membpertingkatkan Sisyem Penyampaian Perkhidmatan Kerajaan yang dilancarkan oleh Y.A.B Perdana Menteri pada 13 April 2007. Dengan penubuhan Pusat Setempat ini, norma masa memproses permohonan dapat dipendekkan. Selain itu, kes-kes pertindihan ulasan teknikal semasa memproses permohonan untuk mendapat kelulusan pembangunan tanah dapat dielakkan.
 
Rujukan:
Buku Panduan, Penambahbaikan Sistem PenyampaianProsedur & Proses Candangan Pemajuan Serta Perlaksanaan Pusat Setempat (Edisi 2, 2008).

 

 
         

 

<< Kembali

Muka surat: 1  2  3  4  5  6  7  8  

Bookmark and Share
Paparan : 2391
Tarikh Akhir Dikemaskini : 01 Jun 2011
Hakcipta Terpelihara 2012 © Majlis Perbandaran Port Dickson.
Terma & Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian
Sesuai dipapar menggunakan IE 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox 2.0 & ke atas dengan menggunakan resolusi 1024 x 768