Pada Disember 2006, Kerajaan Persekutuan telah mengiktiraf Port Dickson sebagai National Beach Resort Town atau Bandar Pantai Peranginan Negara. Pengiktirafan ini diwartakan di dalam Pelan Perancangan Fizikal Negara untuk Negeri Sembilan.
PORT DICKSON WELLNESS ZONE
Jemaah Menteri telah meluluskan cadangan pembangunan Zon Wellness di Port Dickson pada 3 Januari 2007 dan pada 17 Januari 2007, Majlis Mesyuarat Kerajaan telah mewartakan kawasan seluas 61.38km persegi sebagai Kawasan Pembangunan Zon Wellness; dari bandar Lukut ke Pasir Panjang.
PORT DICKSONBANDAR TENTERA DARAT
Pada 29 September 2009, Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia telah mengisytiharkan Port Dickson sebagai Bandar Tentera Darat.Ini adalah sebagai tanda pengiktirafan jasa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) khususnya Tentera Darat yang banyak melahirkan rekrut baru di Port Dickson.