daftarDaftar bg1 bg2 bg3 bg4 oku SOUND Kecilkan Teks Kembali ke Asal Besarkan Teks semula Teks Warna Merah Teks Warna Biru Teks Warna Hijau
   Bahasa Melayu | English | Bahasa Lain Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman  
Portal Rasmi Majlis Perbandaran Port Dickson
Bookmark and Share
Paparan : 1460220
Tarikh Akhir Dikemaskini : 04 April 2011
JABATAN PENILAIAN DAN PENGURUSAN HARTA

PIAGAM PELANGGAN

Cukai Taksiran dibuat dengan adil dan saksama mengikut peruntukan Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Penilaian Semula

  • Membuat Penilaian Semula ke atas Pegangan Berkadar setiap 5 tahun sekali atau tempoh yang dilanjutkan oleh Pihak Berkuasa Negeri.
  • Mengeluarkan Notis Penilaian Semula, tidak kurang 42 hari dari tarikh kuatkuasa

 

Pindaan Senarai Nilaian

  • Mengenakan Cukai Taksiran ke atas harta-harta baru yang belum dikenakan cukai taksiran, pada bulan Januari dan Julai setiap tahun.
  • Mengeluarkan Notis Pindaan Senarai Nilaian, tidak kurang 30 hari dari tarikh kuatkuasa.

 

Bantahan

  • Menerima bantahan secara bertulis tidak kurang 14 hari bagi Penilaian Semula dan 10 hari bagi Pindaan Senarai Nilaian dari tarikh kuatkuasa.
  • Menyelaras Mesyuarat Mendengar Bantahan mengikut Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian dan Cukai Taksiran yang diadakan 6 kali setahun.
  • Menghantar surat panggilan Mesyuarat Mendengar Bantahan kepada pembantah 2 minggu sebelum tarikh mesyuarat.
  • Menghantar surat Jawapan Keputusan Mesyuarat Mendengar Bantahan kepada pembantah dalam tempoh seminggu selepas Mesyuarat Penuh.


Menyediakan Perkhidmatan Kaunter Yang Efisyen Dan Mesra

  • Carian Maklumat Berkomputer (pengesahan cukai) di kaunter boleh dibuat dalam tempoh sehari hingga tiga (3) hari sekiranya pemohon mengemukakan maklumat harta yang lengkap (salinan geran atau perjanjian jual beli) dan dalam tempoh tujuh (7) hari sekiranya semakan lanjut perlu dibuat ke lain-lain Jabatan.
  • Proses pertukaran hakmilik, alamat surat menyurat dan maklumat-maklumat kecil boleh dibuat dalam tempoh sehari.
     

Remisi (Elaun Kekosongan)

  • Lawat periksa ke atas harta akan dibuat dalam tempoh dua (2) minggu selepas tarikh borang permohonan diterima.
  • Semakan susulan akan dibuat pada setiap bulan berikutnya sehingga tamat tempoh penggal yang dituntut.
  • Pengiraan remisi akan mengambil kira tempoh permohonan diterima.
  • Cadangan elaun kekosongan yang layak akan dibentangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian dan Cukai Taksiran MPPD pada bulan Ogos (permohonan bagi penggal pertama) dan bulan Februari (permohonan bagi penggal kedua).
  • Jumlah remisi yang telah diluluskan akan disahkan di dalam Mesyuarat Penuh MPPD dan seterusnya akan dikreditkan daripada akaun.
  • Surat makluman akan dikeluarkan dalam tempoh dua (2) minggu selepas Mesyuarat Penuh MPPD.

 

Maklum Balas Terhadap Aduan Dan Masalah Pelanggan

  • Memberi maklum balas terhadap aduan berkaitan pengurusan harta dalam tempoh 2 hari.
  • Menyelesaikan rayuan yang diterima dalam tempoh 2 minggu.

Muka surat: 1  2  

Bookmark and Share
Paparan : 502
Tarikh Akhir Dikemaskini : 28 Julai 2009
Hakcipta Terpelihara 2012 © Majlis Perbandaran Port Dickson.
Terma & Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian
Sesuai dipapar menggunakan IE 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox 2.0 & ke atas dengan menggunakan resolusi 1024 x 768