PIAGAM PELANGGAN
1. Memastikan semua bayaran dilaksanakan mengikut peraturan yang ditetapkan :
- Bayaran Gaji untuk kakitangan disediakan 5 hari dari tarikh diterima dokumen yang lengkap mengikut jadual yang ditetapkan
- Bayaran bagi perkhidmatan yang dikontrakkan 7 hari dari tarikh diterima dokumen yang lengkap
- Bayaran kepada pembekal dan kontraktor disediakan 7 hari dari tarikh dokumen diterima lengkap
- Pajar Wang Runcit dibuat rekupan setiap bulan
- Elaun perjalanan kakitangan dijelaskan mengikut jadual yang ditetapkan dibuat kepada kakitangan yang menuntut pada 10 haribulan setiap bulan berikutnya
2. Memastikan semua hasil dipungut dengan cara berkesan
- Memastikan kutipan hasil dihantar ke bank setiap hari
- Mengadakan kaunter bergerak pada bulan Februari dan Ogos
- Menguruskan kutipan secara online – dikemaskini setiap minggu
- Menguruskan kutipan KIOSK Bill Payment System setiap hari
3. Memastikan Tunggakan Hasil Majlis dipantau sewajarnya
- Penyediaan laporan tunggakan bulanan sebelum 5hb setiap bulan
- Mengeluarkan notis dan surat peringatan
- Penyediaan kertas kerja rayuan pengurangan denda berdasarkan permohonan setiap bulan
- Menjalankan operasi sitaan
- Menjalankan jualan lelongan awam setiap tahun berdasarkan barangan sitaan yang tidak di tuntut
4. Menyediakan laporan kewangan setiap bulan sebelum 10 haribulan
5. Menyediakan penyata kewangan tahunan – 3 bulan selepas tamat tempoh berakhir tahun kewangan
6. Mengadakan mesyuarat JPKA peringkat Majlis diadakan setiap 3 bulan