| |  Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan selamat datang dan terima kasih kepada pelawat-pelawat Laman Web Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD). Laman web Majlis merupakan salah satu mercu tanda IT dalam aspirasi Majlis Perbandaran Port Dickson untuk meningkatkan imej dan bersama-sama menyahut seruan dasar-dasar ICT kerajaaan secara proaktif. Pengunjung-pengunjung laman web MPPD akan disajikan dengan paparan maklumat terkini mengenai perkhidmatan yang disediakan dan juga maklumat mengenai MPPD. Kami di MPPD mengalukan-alukan cadangan-cadangan atau idea-idea dari pengunjung-pengunjung laman web ini untuk kami jadikan inspirasi dalam membawa satu senario baru yang akan memberi banyak kemudahan bagi kemajuan Port Dickson sama ada dari segi pentadbiran mahupun pembangunan infrastrukturnya. Bertepatan dengan moto MPPD ‘Port Dickson Bersih, Indah Dan Permai', saya menyeru kepada semua pihak supaya kita dapat bersama-sama berganding bahu merealisasikan inspirasi Majlis untuk meningkatkan tahap produktiviti terutama dalam keupayaan dan kecekapan perkhidmatan. Selamat melayari laman rasmi Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD). Sekian, Terima kasih .  Abdul Wahab bin Shamsuddin Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Port Dickson
| |