OBJEKTIF BAHAGIAN
Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan, Majlis Perbandaran Port Dickson diberi tanggungjawab melaksanakan tugas dan peranannya untuk memastikan :-
- Tahap kesihatan awam sentiasa terpelihara dan terkawal.
- Kehidupan yang sihat, selesa, dan terjamin dapat diwujudkan.
- Lokasi tapak , tempat perniagaan atau perusahaan dan premis yang sesuai dapat ditentukan.
- Alam sekitar terhindar dari sebarang bentuk kacau ganggu.
- Makanan dan barang-barang keluaran berkualiti dan selamat.
FUNGSI BAHAGIAN
- Memastikan setiap permohonan yang diterima diproses dengan segera iaitu dalam tempoh 2 bulan dari tarikh permohonan serta syarat-syarat telah dipatuhi.
- Memastikan setiap perniagaan yang dijalankan di kawasan Majlis Perbandaran Port Dickson mempunyai lesen.
- Memastikan setiap perniagaan bermusim, perniagaan sementara, papan tanda, billboard, petunjuk arah, kain rentang dan banting dikawasan Majlis Perbandaran Port Dickson mempunyai lesen atau permit sebelum dijalankan atau dipasang.
- Memastikan pelaksanaan penguatkuasaan undang-undang dijalankan terhadap peniaga tanpa lesen dari Yang DiPertua Majlis Perbandaran Port Dickson begitu juga dengan lesen iklan.
- Menjamin perkhidmatan yang diberikan adalah saksama dan berterusan.
- Memastikan setiap premis yang telah menerima CF diberi perkhidmatan pembersihan (pungutan sampah, pembersihan longkang dan pemotongan rumput).
- Mengadakan aktiviti kawalan vektor di tempat-tempat awam.
2 Komponen Utama:-
- Bahagian Pelesenan Dan Sewaan.
- Bahagian Perkhidmatan Perbandaran Dan Kesihatan.
Objektif Bahagian Perlesenan Dan Sewaan
- Mengawal dan menguruskan lesen dan sewaan kepada peniaga di kawasan Majlis Perbandaran Port Dickson selaras dengan peruntukan Akta dan Undang-Undang Kecil sedia ada.
Fungsi Bahagian Perlesenan Dan Sewaan
- Memproses permohonan lesen baru.
- Permohonan lesen tred perniagaan dan iklan
- Permohonan lesen hiburan awam
- Permohonan lesen penjaja
- Permohonan lesen gerai dan pasar
- Permohonan lesen papan tanda / bilboard / kain rentang / bunting
- Permohonan permit sementara
- Memperbaharui lesen perniagaan dan pemeriksaan premis berkaitan.
- Memproses permohonan sewaan premis majlis.
- Pemeriksaan premis makanan dan kawalan mutu makanan.