Cukai taksiran ialah cukai yang dikenakan ke atas pegangan yang terletak di dalam kawasan Majlis seperti rumah kediaman, harta perniagaan (kedai, kompleks, stesen minyak dsbnya), dan harta perindustrian (kilang, pelabuhan dsbnya)
Cukai taksiran boleh diberi pelepasan jika bangunan tersebut dirobohkan atau dimusnahkan dengan sebab-sebab kebakaran, angin ribut atau sebab-sebab lain dengan syarat pemohon mengemukakan permohonan pelepasan itu.
Cukai tanah yang dikenakan ke atas setiap tanah menurut Kanun Tanah Negara 1965 adalah berdasarkan kepada hakmilik yang dilupuskan oleh Kerajaan Negeri mengikut peruntukan Kanun Tanah Negara 1965; sedangkan Cukai taksiran yang dikenakan oleh Majlis adalah mengikut peruntukan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976.
Tidak. Tidak ada sebarang peruntukan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 yang membolehkan Majlis memberi konsesi atas bayaran cukai taksiran bagi rumah yang diduduki sendiri
Ya, cukai taksiran tetap dikenakan walaupun sesebuah bangunan atau rumah itu kosong. Walaubagaimanapun, jika bangunan tersebut kosong dan untuk disewakan, maka para pemilik bolehlah memohon agar bayaran cukai taksiran mereka dipulangkan. Proses ini dipanggil pulangan balik hasil.
Cukai taksiran ditentukan berdasarkan formula berikut: Cukai taksiran = Nilai Tahunan X Kadar(%)
Kadar(%) ditentukan berdasarkan keperluan Anggaran Belanjawan Majlis, atau kos-kos yang ditanggung Majlis.
Nilai Tahunan adalah anggaran nilai sewa kasar tahunan, dalam bentuk formula: Nilai Tahunan = Anggaran Sewa Kasar Sebulan X 12 bulan
Notis Kadaran adalah notis pemberitahuan kepada pemilik-pemilik mengenai cadangan nilai tahunan yang ditentukan ke atas pegangan mereka. Dengan maksud lain, ia adalah satu makluman mengenai jumlah cukai taksiran yang akan dikenakan.
Pemilik boleh membuat bantahan ke atas Nilai Tahunan tersebut dengan menghantar surat kepada Majlis. Setiap pemilik yang membuat bantahan akan diberi peluang untuk hadir ke Mesyuarat Jawatankuasa Rayuan Cukai Taksiran bagi mengemukakan alasan-alasan kepada bantahannya.