P.D.Gateway
English
Pertanyaan
   
    Perutusan YDP
    Senarai Ahli Majlis
    Sejarah Asal-Usul
    Lokasi
    Direktori
    Galeri Gambar
    Iklan
 
 

     PERUTUSAN YDP

 

 

   Assalamualaikum dan salam sejahtera.

          Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan selamat datang dan terima kasih kepada pelawat-pelawat Laman Web Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD).  Laman web Majlis merupakan salah satu mercu tanda IT dalam aspirasi Majlis Perbandaran Port Dickson untuk meningkatkan imej dan bersama-sama menyahut seruan dasar-dasar ICT kerajaaan secara proaktif.

............Pengunjung-pengunjung laman web MPPD akan disajikan dengan paparan maklumat terkini mengenai perkhidmatan yang disediakan dan juga maklumat mengenai MPPD. Kami di MPPD mengalukan-alukan cadangan-cadangan atau idea-idea dari pengunjung-pengunjung laman web ini untuk kami jadikan inspirasi dalam membawa satu senario baru yang akan memberi banyak kemudahan bagi kemajuan Port Dickson sama ada dari segi pentadbiran mahupun pembangunan infrastrukturnya.

            Bertepatan dengan moto MPPD ‘Port Dickson Bersih, Indah Dan Permai', saya menyeru kepada semua pihak supaya kita dapat bersama-sama berganding bahu merealisasikan inspirasi Majlis untuk meningkatkan tahap produktiviti terutama dalam keupayaan dan kecekapan perkhidmatan

            Selamat melayari laman web Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD).

Sekian terima kasih .

Y.M. Tenku Dato' Idris B. Tenku Hadi                       

Yang Dipertua,                                                                                    

Majlis Perbandaran Port Dickson

 

 

Penafian: Pihak Majlis Perbandaran Port Dickson Tidak Bertanggungjawab Terhadap Sebarang kerugian Atau Kerosakan Yang Dialami Kerana Menggunakan Maklumat Didalam Laman Ini Hakcipta © Majlis Perbandaran Port Dickson. 2008 All rights reserved.