SESI PENYERAHAN PATIL KEPADA PENIAGA PASAR RAMADAN TAHUN 2026
Jabatan Pelesenan MPPD telah mengadakan sesi penyerahan patil pada 20 Februari 2026 (Khamis) bertempat di Pasar Ramadan Batu 4, Port Dickson.
Sesi ini bertujuan untuk menyerahkan patil rasmi kepada peniaga yang telah mendapat kelulusan lesen perniagaan serta memastikan pematuhan terhadap syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan. Sesi penyerahan ini telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Pelesenan MPPD bersama Penganjur Pasar Ramadan serta para peniaga yang terlibat.
Justeru itu, peniaga pasar ramadan diingatkan supaya sentiasa menitikberatkan aspek kebersihan serta keselamatan makanan dan minuman yang dijual bagi mengelakkan kes keracunan makanan.






