LAWATAN PEMERIKSAAN AKHIR JABATAN KAWALAN BANGUNAN BERSAMA JABATAN TEKNIKAL DALAMAN MPPD KE :
PROJEK PEMBANGUNAN PERNIAGAAN 25 UNIT KEDAI/PEJABAT 2 TINGKAT & 1 UNIT KEDAI/HOTEL 3 TINGKAT BAGI TETUAN TRI EXCEL LOYAL RESOURCES SDN.BHD
Majlis Perbandaran Port Dickson telah menjalankan Lawatan Pemeriksaan Akhir bagi Projek Pembangunan Perniagaan 25 Unit Kedai/Pejabat 2 Tingkat & 1 Unit Kedai/Hotel 3 Tingkat di Pusat Perniagaan 6 Avenue pada 27.02.2026
Pemeriksaan ini telah dijalankan oleh Jabatan Kawalan Bangunan MPPD bersama dengan Jabatan Perancang Bandar MPPD, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta MPPD, Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan, MPPD serta Jabatan Landskap dan Pengindahan, MPPD bersama-sama dengan pihak pemaju dan perunding. Lawatan pemeriksaan ini bertujuan untuk memastikan pembinaan yang dijalankan di tapak selaras dengan pelan kelulusan. Perunding perlu membuat pematuhan ulasan/teguran semasa pemeriksaan di tapak dijalankan sebelum surat sokongan lawatan akhir dikeluarkan.
Adalah diingatkan kepada Pemaju dan Perunding agar mematuhi kesemua syarat dan ulasan yang dikeluarkan oleh jabatan teknikal dalaman, MPPD merujuk kepada undang-undang yang dilaksanakan oleh Majlis Perbandaran PortDickson






