MAJLIS PENYERAHAN SIJIL PENARAFAN BINTANG PIHAK PENGURUSAN STRATA DI BAWAH PENTADBIRAN MAJLIS PERBANDARAN PORT DICKSON BAGI TAHUN 2025
Port Dickson, 27 Februari 2026 – Unit Pesuruhjaya Bangunan (COB), Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta telah mengadakan Majlis Penyerahan Sijil Penarafan Bintang Pihak Pengurusan Strata di PD Perdana yang dirasmikan oleh Tuan Hasnor bin Abd Hamid, Yang Dipertua merangkap Pesuruhjaya Bangunan Majlis Perbadandaran Port Dickson.
Majlis ini turut dihadiri oleh Ahli Majlis Zon 20, Setiausaha Majlis Perbandaran Port Dickson serta ahli jawatankuasa pengurusan Perbadanan Pengurusan PD Perdana. Majlis penyerahan sijil penarafan bintang pihak pengurusan strata ini sebagai suatu inisiatif untuk menghargai dan mengiktiraf pihak pengurusan strata yang terdiri daripada Pemaju / Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan Perbadanan Pengurusan (MC).
Tahniah diucapkan kepada Perbadanan PD Perdana kerana telah berjaya mencapai tahap penarafan 5 bintang.
Dengan adanya pengiktirafan seperti ini, ia dapat memberi motivasi kepada pihak pengurusan strata untuk terus meningkatkan mutu perkhidmatan serta mengamalkan tadbir urus yang terbaik demi kepentingan semua pemilik dan penghuni.






