MAJLIS PERASMIAN INFORMATION WALL #PDKUBERSIH
Majlis Perbandaran Port Dickson bersama SWM Environment telah menjayakan Majlis Pelancaran Information Wall #PDKuBersih sebagai medium kesedaran awam dalam memupuk sikap prihatin terhadap kebersihan persekitaran disamping menjadi tempat informasi lokasi pelancongan menarik di Port Dickson menerusi Fun map of Port Dickson sempena Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026 (TMNS2026).
Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Puan Nicole Tan Lee Koon, EXCO Kerajaan Negeri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Negeri Sembilan.
Turut hadir, Yang Dipertua MPPD, Tuan Hasnor bin Abd Hamid, Pengurus Besar Korporat SWM Environment Tuan Haji Mohd Norlisam bin Haji Mohd Nordin, dan Pengarah SWCorp Negeri Sembilan Tuan Khairul Adha bin Ab Mutalib.
Program ini diharap dapat menjadi pemangkin kepada pembudayaan amalan kebersihan dalam komuniti serta meningkatkan kesedaran orang ramai, khususnya di kawasan tumpuan pelancong di Port Dickson.
Bersama kita jadikan kebersihan sebagai tanggungjawab bersama demi kesejahteraan dan kelestarian bandar Port Dickson.






