LAWATAN TAPAK BAGI PENYEDIAAN PERPUSTAKAAN KOMUNITI DI FLAT SRI BANDAR
Port Dickson 6 Mei 2026- Pihak Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) telah mengadakan lawatan ke Dewan Flat Sri Bandar untuk meninjau persiapan serta keperluan bagi penyediaan perpustakaan komuniti di flat ini.
Lawatan ini disertai oleh YB Dato' Dr. Rajasekaran a/l Gunnasekaran (Adun Sri Tanjung), Tuan Hasnor bin Abd Hamid (Yang Dipertua, MPPD), Encik Seagran @ Segaran A/L M. Annamalai (Ahli Majlis) serta pegawai Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan. Turut hadir bersama lawatan ini adalah Jabatan Kejuruteraan, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta serta Jabatan Perkhidmatan, Pembersihan dan Kesihatan.
Kehadiran semua pihak ini mencerminkan komitmen bersama dalam memastikan kemudahan Perpustakaan Komuniti dapat direalisasikan demi manfaat penduduk setempat. MPPD komited untuk terus menyokong inisiatif yang memberi impak positif kepada pembangunan komuniti dan kesejahteraan penduduk Port Dickson.






