05 May 2026
KERJA-KERJA MEMBAIKPULIH BUMBUNG WAKAF YANG TELAH TERCABUT
Majlis Perbandaran Port Dickson telah melaksanakan kerja-kerja membaikpulih bumbung wakaf yang tercabut di Bandar PD pada 5 Mei 2026.
Tindakan ini telah dilaksanakan oleh Unit Tindak Cepat (UTC), Jabatan Kejuruteraan MPPD sebagai langkah segera bagi memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna.






