BENGKEL PBSB & PENGUATKUASAAN BANGUNAN
Pada 05 & 06 MEI 2026
Satu bengkel telah diadakan di Avillion Resort Port Dickson dibawah kendalian Jabatan Kawalan Bangunan (JKB) MPPD yang melibatkan semua kakitangan teknikal JKB dan Pegawai IT MPPD bagi pembangunan sistem yang lebih bersepadu dan efisien di MPPD. 2 Pihak Berkuasa Tempatan(PBT) juga terlibat dalam bengkel ini iaitu wakil daripada Majlis Perbandaran Manjung(MPM) dan Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG)
Tujuan utama bengkel ini diadakan adalah untuk berkongsi ilmu pengetahuan serta amalan terbaik berkaitan :
1. MPM : pelaksanaan PBSB yang dilaksanakan di PBT
2. MPAG : penggunaan sistem eBangunan di PBT bagi proses kerja dan tatacara permohonan rumah sesebuah / TUS tidak berisiko / pembaharuan permit secara atas talian dan eNotis
3. Penambahbaikan serta amalan terbaik PBT dalam menangani isu binaan tanpa kelulusan, caj-caj yang dikenakan mengikut keperluan / permohonan selaras dengan UBBL dan Akta 133 serta ke arah pelaksanaan permohonan & pembaharuan secara atas talian dan penggunaan dokumen dan tandatangan digital
4. 5 lawatan tapak juga telah diadakan bagi isu binaan tanpa kelulusan sebagai contoh untuk mendapatkan pandangan serta tindakan yang boleh diambil daripada pbt yang hadir.






