LAWATAN KERJA BAHAGIAN PEROLEHAN KE BAHAGIAN PENILAIAN & PENGURUSAN HARTA, MAJLIS PERBANDARAN JEMPOL
Bahagian Perolehan, Majlis Perbandaran Port Dickson telah mengadakan lawatan kerja ke Bahagian Penilaian & Pengurusan Harta, Majlis Perbandaran Jempol bagi membincangkan dan bertukar pandangan berkaitan tender terbuka.
Terima kasih kepada Puan Noor Haizam binti Danial (Ketua Bahagian Penilaian dan Pengurusan Harta) dan Puan Nur Atikah binti Naharudin (Penolong Pegawai Penilaian) kerana sudi menerima kunjungan pihak Majlis Perbandaran Port Dickson.






