Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) bagi kerja-kerja undi di bawah peruntukan MARRIS telah dilaksanakan dengan jayanya pada 7 Mei 2026 melibatkan penawaran sebanyak 16 projek kepada kontraktor-kontraktor yang berjaya.
Majlis ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan dalam memastikan pelaksanaan projek infrastruktur dilaksanakan secara terancang, sistematik dan mematuhi piawaian yang telah ditetapkan.
Penyerahan SST telah disempurnakan oleh Ybhg. Tuan Hasnor bin Abd Hamid, Yang Dipertua MPPD dengan penglibatan Jabatan Kejuruteraan MPPD. Dalam ucapan Tuan Yang Dipertua,beliau mengingatkan kepada kontraktor yang dilantik agar melaksanakan setiap skop kerja dengan penuh tanggungjawab, berintegriti serta mematuhi spesifikasi dan garis panduan teknikal yang ditetapkan bagi menjamin kualiti, keselamatan dan keberkesanan pelaksanaan projek.
Kesemua projek ini dilaksanakan di bawah peruntukan MARRIS, yang memberi fokus kepada kerja-kerja penyelenggaraan, pembaikan serta penambahbaikan infrastruktur jalan dan kemudahan berkaitan demi keselesaan dan kesejahteraan pengguna.
Adalah diharapkan agar semua projek yang dirancang dapat dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan serta mencapai objektif yang disasarkan.






