BENGKEL PENGGUNAAN APLIKASI MYPATIL RONDA MAJLIS PERBANDARAN PORT DICKSON (MPPD)
Majlis Perbandaran Port Dickson telah mengadakan Bengkel Penggunaan Aplikasi myPATIL Ronda MPPD pada 18 Mei 2026 bertempat di Bilik Latihan ICT, MPPD.
Urusetia bengkel ini adalah Bahagian Teknologi Maklumat melibatkan seramai 22 anggota penguatkuasa telah menghadiri bengkel penggunaan aplikasi ini.
Tujuan utama latihan penggunaan aplikasi myPATIL Ronda ini adalah untuk melatih anggota penguatkuasa dalam menggunakan sistem lesen premis digital pintar berasaskan IoT bagi memantau pematuhan lesen perniagaan. Penggunaan aplikasi pintar ini membolehkan anggota penguatkuasa membuat pemantauan lokasi perniagaan, semakan lesen secara digital, mengeluarkan notis dan mengemas kini status premis secara masa nyata (real-time) di lapangan. Dengan aplikasi myPATIL Ronda urusan jadi lebih pantas, telus, dan sistematik






