LAWATAN ADUAN BERSAMA YANG DIPERTUA DAN SETIAUSAHA MPPD
Bersama Yang Dipertua MPPD, YBhg. Tuan Hasnor bin Abd Hamid, Setiausaha MPPD, YBrs. Encik Mohd Azizul Hakim bin Zaini, pihak pemaju Avillion Admiral Cove serta jabatan-jabatan teknikal terlibat bagi meninjau dan meneliti aduan berkaitan kejadian tanah runtuh yang berlaku susulan ribut dan cuaca buruk yang telah berlaku di kawasan Avillion Admiral Cove, Port Dickson.
Lawatan ini diadakan bagi melihat keadaan semasa kawasan yang terjejas serta membincangkan tindakan susulan dan langkah penyelesaian demi memastikan keselamatan penduduk di kawasan sekitar terus terpelihara.
MPPD sentiasa komited dan cakna terhadap setiap aduan yang diterima serta akan bekerjasama dengan semua pihak berkaitan dalam memastikan tindakan sewajarnya dapat dilaksanakan.






