LAWATAN TAPAK BAGI PEMANTAUAN KERJA PEMBAIKAN BERSAMA PEMAJU
Majlis Perbandaran Port Dickson telah mengadakan lawatan tapak pemantauan kerja pembaikan untuk CCC bagi cadangan pembangunan rumah teres setingkat di Taman Penaga, Pasir Panjang pada 18 Mei 2026.
Lawatan ini telah diselia dan diselaraskan oleh Jabatan Landskap & Pengindahan Bandar MPPD bersama wakil dari Tetuan Regal Maestro Development Sdn Bhd selaku pihak pemaju.
Lawatan bertujuan untuk memantau dan memastikan kerja-kerja pembaikan telah siap sepenuhnya dan mengikut spesifikasi kerja yang telah ditetapkan sebelum serahan projek dilaksanakan.






