LAWATAN PENGGREDAN SPA DI AVI SPA, AVILLION PORT DICKSON
Lawatan yang telah dijalankan pada 11 Mei 2026 telah diselaraskan oleh Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Negeri Sembilan ( MOTAC ) bersama para pegawai dari Jabatan Pelesenan MPPD, Pejabat Kesihatan Daerah Port Dickson, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta turut disertai oleh Puan Selinastein ‘President Of Association of Malaysian Spa’( AMSPA )
Tujuan penggredan spa ini dijalankan adalah untuk memastikan perkhidmatan dan rawatan yang ditawarkan berkualiti tinggi, selamat dan mematuhi garis panduan yang disediakan oleh pihak MOTAC.






