OPERASI PENGUATKUASAAN PEROBOHAN STRUKTUR HALANGAN DI RIZAB LORONG BELAKANG PREMIS PERNIAGAAN PEKAN BUKIT PELANDOK, PORT DICKSON
Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) telah melaksanakan satu operasi penguatkuasaan perobohan struktur halangan di atas rizab lorong belakang premis perniagaan Pekan Bukit Pelanduk pada 21 Mei 2026, jam 10.00 pagi. Tindakan ini diambil diatas kesalahan membina struktur di atas rizab belakang di bawah Seksyen 46(1)(a) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133), manakala tindakan penguatkuasaan dilaksanakan di bawah Seksyen 72 akta yang sama. Pemilik premis bagaimanapun telah mematuhi arahan notis dan telah membuka 90 peratus struktur tersebut sebelum operasi dijalankan.
Operasi bersepadu ini melibatkan jabatan dalaman MPPD dengan kerjasama pelbagai agensi luar, antaranya termasuklah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Polis Diraja Malaysia (PDRM), dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Langkah penguatkuasaan ini bertujuan untuk memastikan setiap binaan dan aktiviti perniagaan di kawasan pentadbiran MPPD mematuhi prosedur undang-undang yang ditetapkan serta bebas daripada sebarang halangan di rizab awam.






