PERHIMPUNAN PAGI BULANAN KAKITANGAN MPPD BULAN MEI 2026
Port Dickson, 25 Mei 2026 – Sesi Perhimpunan Pagi Bulanan Warga Kerja Kakitangan MPPD telah berlangsung di Dewan Besar MPPD yang dikelolakan oleh Jabatan Kewangan dan Bahagian Perolehan, MPPD selaku Urus Setia untuk bulan Mei 2026.
Sesi perhimpunan pagi dimulakan dengan aktiviti zumba yang diketuai oleh Encik Khairil Rizal Bin Mahtar. Seterusnya nyanyian lagu "Negaraku" dan lagu rasmi MPPD iaitu "Teguh Bersama MPPD". Kemudian disusuli dengan bacaan ikrar Rukun Negara dan bacaan doa.
Majlis diserikan lagi dengan penyampaian ucapan kata-kata aluan oleh Yang Berusaha, Encik Mohd Azizul Hakim Bin Zaini, Setiausaha Majlis Perbandaran Port Dickson. Antara intipati utama ucapan Tuan Setiausaha






