LAWATAN ADUAN AWAM BERKAITAN LONGKANG DI TAMAN BAKTI 2, KAMPUNG PAYA, PORT DICKSON
Port Dickson, 30 Jun 2026 – Satu lawatan turun padang telah dihadiri oleh Tuan Haji Husnal Taufik bin Abdul Aziz, Ahli Majlis Zon 12, Tuan Haji Muhammad Bazlan bin Abdul Rahman, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan (JPPK), wakil Jabatan Kejuruteraan MPPD, wakil Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan MPPD serta penduduk setempat.
Lawatan ini diadakan bagi mengenal pasti punca aduan berkaitan masalah longkang yang berada di dalam kawasan persendirian di Taman Bakti 2, Kampung Paya, yang dikenal pasti sebagai antara faktor berlakunya banjir di kawasan tersebut.
Hasil perbincangan bersama wakil penduduk, kerja-kerja pembersihan awal akan dilaksanakan bagi melancarkan aliran longkang di kawasan berkenaan sebagai langkah segera untuk mengurangkan risiko banjir.






