PROGRAM USRAH JUN 2026 - KITA TERBAIK DAN TERHORMAT
Port Dickson, 26 Jun 2026 - Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) telah mangadakan Program Usrah yang bertajuk Kita Terbaik dan Terhormat yang telah diadakan di Dewan Besar MPPD pada 26 Jun 2026. Usrah ini telah disampaikan oleh Dato' Ustaz Jaafar bin Muhammad, Penasihat Agama kepada Menteri Besar Negeri Sembilan. Program ini telah dikendalikan oleh Unit Integriti.
Sesi usrah ini menjelaskan mengenai keperibadian seseorang individu yang seharusnya mengutamakan agama untuk menjadi seorang insan yang terbaik & terhormat di mata masyarakat dan agamanya.






